PENGUMUMAN PENTING !!!!!

HIMPUNAN BANTAH KEHADIRAN KAPAL PERANG AMERIKA
Tarikh : 13.02.2009 (Jumaat)
Masa : Selepas Solat Jumaat
Tempat : Padang Kota, Pulau Pinang
Semua Muslimin dan Muslimat di minta hadir
Solat di Masjid Berhampiraan.
"Wahai Umat Islam Pulau Pinang, Tahukah anda kapal perang amerika laknatullah sedang berada di Perairan Pulau Pinang dengan penuh megah, Tentera2 keparat itu datang sambil membeli belah, mabuk2 dan mencari wanita di negeri kita. Ayuh kita bantah kehadiran tentera durjana. Ayuh kita usir pembunuh umat Islam ini..kita halau anjing2 yang berjumlah 800 orang itu dari negara kita"

Allahu Akbar...Allahu Akbar....Allahu Akbar.......

Malaysiakini

KedahLanie..!!

Tuesday, January 20, 2009

PESANAN IMAM HASSAN AL-BANNA



IMAM Hassan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di sebuah desa al-Mahmudiyyah dalam al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal oleh ketaatan ajaran dan nilai Islam. Keluarganya juga ulama yang dihormati. Bapanya, Sheikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna adalah seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal.Imam Hassan al-Banna menjadi pemimpin dan pengasas gerakan Ikhwan Muslimin yang dihormati. Melalui kepemimpinan dan didikannya, Ikhwan Muslimin menjadi penggerak kebangkitan semula Islam abad ini. Antara wasiat beliau yang terkenal ialah:• Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta-merta walau dalam keadaan apa sekali pun.• Bacalah al-Quran, tatapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkan zikrullah serta jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.• Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.• Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan.• Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.• Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.• Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.• Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.• Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.• Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.

No comments:

Post a Comment